Quantcast
Channel: Rencana – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Perluas peranan RT demi keharmonian masyarakat

$
0
0

Oleh Saleman Senin //

SEMOGA MEMBANTU: Warga emas dan OKU di Kampung Debak menerima sumbangan keperluan dapur yang disampaikan oleh Mohamad Dohan.

PEGAWAI Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Betong, Mohamad Dohan Wahid menegaskan peranan Rukun Tetangga (RT) dalam komuniti perlu diperluaskan bagi memelihara keharmonian masyarakat.

Jelasnya, RT merupakan badan sukarela yang diselia oleh JPNIN bukan sahaja berperanan memelihara keharmonian masyarakat malah meliputi aspek sosial, perpaduan, keselamatan, ekonomi dan hobi, pendidikan serta kualiti hidup.

“Peranan RT dalam masyarakat adalah sangat luas yang meliputi sesebuah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di mana mereka berperanan terhadap golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta golongan miskin. Justeru itu JPNIN bersama KRT mengambil inisiatif bagi mempelbagaikan peranan RT dalam komuniti,” katanya semasa berucap merasmikan Program Sayangi Komuniti: Kembara Khidmat Komuniti anjuran KRT Debak Laut Hulu dengan kerjasama JPNIN Bahagian Betong di Masjid Darul Iman, baru-baru ini.

Tambahnya, Program Sayangi Komuniti dilaksanakan bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan supaya RT dapat membantu dengan menghulurkan sumbangan berupa keperluan asas.

Dalam pada itu, turut menyelitkannya dengan aktiviti Cergas Komuniti yang memberi kesedaran kepada masyarakat secara keseluruhannya dalam memastikan aspek kesihatan dan kecergasan fizikal perlu diutamakan.

“Di samping membantu masyarakat mengenali aktiviti yang boleh mencergaskan fizikal dan mental dalam masa yang sama wujud perpaduan dan keharmonian,” tambahnya.

Program yang berlangsung meriah itu melibatkan kaum wanita serta belia dan beliawanis yang diisi dengan pelbagai program menarik antaranya ceramah motivasi, ceramah dadah dan jenayah, tarian poco-poco, sukaneka, pertandingan mewarna bagi warga emas dan penyampaian sumbangan kepada warga emas dan OKU.

Seramai 26 warga emas dan OKU menerima bantuan berupa keperluan asas yang disumbangkan oleh JPNIN.

Hadir sama Temenggong Bahagian Betong Piee Alwi, Penghulu Kampung Debak Abang Kifrawi Abang Rukaili, Pengerusi KRT Debak Laut Hulu Abang Sulaiman Abang Mohamad, Pengerusi KRT Kampung Bungey Hulu Abang Ahmad Sharkawi Abang Hosin dan Ketua Kampung Muhamad Jemain.

HIBURAN: Persembahan tarian poco-poco oleh ahli-ahli KRT Kampung Debak memeriahkan program tersebut.

TETAMU KHAS: Mohamad Dohan (dua kanan), Abang Kifrawi (dua kiri) dan Abang Ahmad Sharkawi (kiri) bersama penduduk kampung pada Program Sayangi Komuniti: Kembara Khidmat Komuniti di Debak, baru-baru ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>