Quantcast
Channel: Rencana – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Henry Elli dan Mohd Asrie tokoh istimewa warga Dalat

$
0
0

Oleh Hamimi Kassim //

TAHNIAH: Fatimah (enam kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Warga Emas 2014 kepada Henry (tiga kanan).

BERPAKSIKAN kecemerlangan, keunggulan dan sumbangannya dalam pembangunan Bahagian Mukah melayakkan Henry Elli Barangai dinobatkan sebagai Tokoh Warga Emas 2014 semasa Mini Karnival Warga Emas, Kanak-Kanak dan OKU Peringkat Bahagian Mukah 2014 di Stadium Perpaduan Dalat, baru-baru ini.

Sementara itu, Tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) Berbakat 2014 pula dianugerahkan kepada Mohd Asrie Mohd Mahawi dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Dalat yang mempunyai bakat luar biasa dalam seni lukis.

Berlangsung selama dua hari (9-10 Disember), pelbagai aktiviti diadakan sempena karnival itu seperti sukaneka, ceramah langkah pencegahan penyakit berjangkit, pemeriksaan kesihatan dan gigi, pertandingan poco-poco, basikal berhias serta pentas bergendang dan bermukun.

Bagi pertandingan poco-poco, juara disandang oleh kumpulan The Last Minute diikuti Aliqoetha naib juara dan Medville Mom Generation di tempat ketiga.

Pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM250, RM200 dan RM150 serta sijil.

Hadiah kepada pemenang dan penerima anugerah telah disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga yang juga ADUN Dalat Datuk Fatimah Abdullah.

Selain itu, Fatimah turut menyerahkan buku kepada 33 buah prasekolah di N.50 Dalat, sumbangan kebakaran dan Sejambak Kasih Krismas kepada 300 penerima.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Zainal Taram, wakil Residen Bahagian Mukah Abdul Malik Talip, Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimory Panyau, wakil KPD Dalat ASP Haswata Abdullah, Kapten Markas 9 Bridget Sibu Mohd Dareen Farhan, Pegawai Daerah Dalat Kuok Lee Poh, Temenggung Bahagian Mukah Hendi Suhai dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah Aziah Seruji.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>