Quantcast
Channel: Rencana – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Ikan 580 gram bawa tuah kepada Abdul Malik

$
0
0

// Oleh Abang Ismail Abang Su’ud //

HASIL TANGKAPAN: Ikan-ikan yang ditangkap  semasa pertandingan memancing di Bintulu.

HASIL TANGKAPAN: Ikan-ikan yang ditangkap semasa pertandingan memancing di Bintulu.

SAINGAN: Para peserta pertandingan memancing  sabar menunggu hasil tangkapan masing-masing.

SAINGAN: Para peserta pertandingan memancing
sabar menunggu hasil tangkapan masing-masing.

ABDUL Malik Abdul Rahim dinobatkan sebagai johan Pertandingan Memancing Pesisir Pantai Terbuka 2016 setelah berjaya menangkap ikan seberat 580 gram

sekali gus menewaskan 77 peserta lain dalam saingan di Tebingan Promenade, Bintulu, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan Abdul Malik yang berusia 13 tahun membawa pulang hadiah utama wang tunai RM1,200, piala dan joran.

Naib johan disandang oleh Kamarul Zaman Bujang yang menangkap ikan seberat 550 gram dan layak membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala dan joran.

Tempat ketiga diraih oleh Muhammad Muqhris yang menangkap ikan seberat 530 gram menerima hadiah wang tunai RM500, piala dan joran.

Hadiah sagu hati untuk tempat keempat hingga ke-10 masing-masingnya menerima RM50 dan hamper diberikan kepada Mazalan Johari, Hassan Zainudin, Meruni Merchang, Morshidi Johari, Mohd Hipni Zaini, Abu Bakar Annuar dan Mohamad Rosli. Hadiah misteri pula menjadi milik Zainal Yusof.

Penutupan pertandingan yang disertai oleh 78 peserta dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Turut hadir Pegawai JKM Bintulu, Bessie Mujan Batan; Penyelaras JKK Bintulu, Farizah Tudin dan pengerusi penganjur, Kederi Yusof.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak (JKK) Bahagian Bintulu dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Talib dalam ucapannya meminta agar program itu diteruskan dan beliau sedia menaja lebih banyak hadiah untuk para pemenang pertandingan tersebut pada masa akan datang.

Beliau turut memuji usaha baik JKK Bintulu yang secara tidak langsung dapat menghimpun dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti seumpamanya.

“Saya amat gembira dengan penyertaan menggalakkan daripada masyarakat Bintulu dalam pertandingan tersebut,” jelasnya sambil menyifatkan program itu sebagai satu aktiviti sihat untuk penduduk di Bintulu.

KENANGAN: Talib (kiri) bersama Kederi (dua kanan) dan ahli jawatankuasa penganjur.

KENANGAN: Talib (kiri) bersama Kederi (dua kanan) dan ahli jawatankuasa penganjur.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Latest Images

Trending Articles

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>