Quantcast
Channel: Rencana – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Pelihara khazanah alam semula jadi untuk generasi masa depan

$
0
0

// Oleh Siti Aisyah Ramli //

PEMULIHARAAN: Jawatankuasa penganjur bersama Dr Abdul Rahman pada sambutan Hari Tanah Lembap Peringkat Negeri Sarawak 2016.

PEMULIHARAAN: Jawatankuasa penganjur bersama Dr Abdul Rahman pada sambutan Hari Tanah Lembap Peringkat Negeri Sarawak 2016.

KEKAYAAN kepelbagaian biologi yang ada di negeri Sarawak harus dimanfaatkan menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti ekopelancongan berasaskan tarikan alam semula jadi.

Sebagai contoh, Taman Negara Kuching Tanah Lembap (Ramsar) yang mempunyai hutan paya bakau yang menjadi habitat pelbagai hidupan liar seperti orang belanda.

Malah, kawasan itu juga kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang boleh dijadikan tarikan kepada pelancong untuk datang ke sana sekali gus menjana pendapatan penduduk setempat seperti penduduk di Kampung Salak, yang berada di dalam kawasan Ramsar.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi hadir ke Kampung Salak bagi merasmikan sambutan Hari Tanah Lembap Peringkat Negeri Sarawak 2016 di Sekolah Kebangsaan Kampung Salak, Kuching.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru penduduk kampung terutamanya generasi muda untuk bergiat aktif dalam segala aktiviti yang boleh menyumbang ke arah menjaga dan memelihara alam semua jadi di Ramsar.

Ini kerana jelasnya, penjagaan serta pemuliharaan rapi tapak itu perlu supaya ia terus menjadi warisan kepada generasi akan datang menerusi Pelan Pengurusan Ramsar.

Dr Rahman memberitahu antara tarikan lain di kawasan itu kewujudan ikan lumba-lumba, kelip-kelip, buaya, lotong kelabu serta burung hijrah yang sangat jarang dijumpai di tempat lain.

“Kampung ini dekat dengan bandar raya Kuching dan sudah pastinya mudah untuk pelancong dalam negara mahupun luar negara datang berkunjung ke kawasan ini,” tambahnya lagi.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Tanah Lembap itu, beliau menjelaskan ia dapat memberi maklumat kepada penduduk setempat terutamanya generasi muda tentang usaha kerajaan dalam memelihara ekosistem di situ.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad yang memberitahu, Kampung Salak merupakan sebahagian daripada tapak Ramsar sebagai kawasan Hutan Simpan Bakau dengan keluasan 6,610 hektar.

“Jabatan Hutan Sarawak akan terus komited untuk menghijaukan kawasan ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan semua pihak,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 455

Latest Images

Trending Articles

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>